Assalamualaikum

tulisan bergerak

love

Saturday 15 June 2013

Matlamat Tidak Menghalalkan Cara


Debaran semakin terasa semester baru tidak lama lagi akan bermula, Nur Hidayah pun balik ke kampus untuk sesi pendaftaran semester baru. Ketika sampai ke kampus Nur Hidayah terserempak dengan Taufiq iaitu kawan sekelasnya. Dengan izin Allah mereka memakai warna baju yang sama iaitu warna merun, dan Taufiq pun menyapa Nur Hidayah.

Taufiq : Hai... J
Nur Hidayah : Hai Taufiq...  J

Nur Hidayah sangat gembira kembali ke kampus dapat bertemu dengan rakan-rakan.
(mesej diterima dari Taufiq)

Taufiq : Salam. Cerianya... result ok kah?
Nur Hidayah : Wassalam. Aik...ceria pun salah kah? Erm..tak tengok lagi pun.
Taufiq : Tak salah... Cute.
Nur Hidayah : Iya kah? Cute kah? Cute lah sangat....

Mesej Taufiq dan Nur Hidayah semakin berlarutan tanpa bertali arus walaupun tanpa ada urusan penting. Bukan itu saja mereka kerap berjumpa meskipun di luar kelas. Tetapi mereka berjumpa tidaklah sama seperti orang lain yang sedang bercinta kerana kolej mereka sangat menitik beratkan  soal hubungan lelaki dan wanita.

Suatu hari Taufiq bercadang ingin bertemu Nur Hidayah di Kolej kediaman Siswi tetapi Nur Hidayah lewat sedikit kerana mereka sedang mengadakan gotong-royong asrama. Ketika menanti kedatangan Nur Hidayah, terlintas di benak fikiran Taufiq dan merasakan bahawa apa yang mereka lakukan ini adalah salah. Taufiq mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepada Nur Hidayah.

Taufiq : Hidayah, apa yang kita lakukan ini adalah salah.

Nur Hidayah : Kenapa nie Taufiq tiba-tiba? Aku tau siapa aku tapi aku tau jugak jaga batas.

Taufiq : Hidayah jangan marah. Aku tidak salahkan kau. Macam kawan aku katakan dengan aku yang pernah lakukan macam kita juga tapi sekarang tidak sudah, dia kata Matlamat Tidak Menghalalkan Cara”. Dan apa yang kita lakukan nie adalah salah.
            

Nur Hidayah sangat kecewa tetapi dia cuba untuk muhasabah diri. Dan mereka mengambil keputusan untuk mujahadah demi menjaga hati dalam meraih cinta Ilahi. Sungguh menjaga hati adalah sangat sukar apatah lagi Taufiq dan Nur Hidayah adalah sekelas. Tetapi mereka tetap berusaha untuk menjaga hati masing-masing kerana cinta Allah itu lebih indah kerana cinta Allah lah cinta yang hakiki. Mujahadah itu perit kerana Syurga itu manis dan indah kerana itu Taufiq dan Nur Hidayah memilih untuk mujahadah kerana mengejar Redha Allah untuk mendapatkan Syurga-Nya. Semoga Taufiq dan Nur Hidayah bertemu cinta yang hakiki dan semoga Allah melimpahkan Mahabbatullah dan Mardhatillah kepada mereka. Dan semoga Taufiq dan Nur Hidayah akan meraih Syurga-Nya.
Amiin...in shaa Allah. ^_^



Tiada Percintaan Sebelum NIKAH....



"Ada di antara manusia, orang yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah."
(Al-Baqarah : 165)



Mia Muslimah ^_^

Friday 7 June 2013

Aku Seorang Rock


“Suatu ketika dahulu Farmilah ini adalah seorang yang rock di SMK Tagasan dan dia dikenali kerana rocknya. Tapi Alhamdulillah setelah dia belajar ke KTD inilah hasilnya dia telah berubah dengan didikan di KTD.”

Begitulah antara kata-kata insan yang aku segani & kasihi kerana Allah ketika memberi perkongsian semasa Program “Tautan Ukhuwah Membina Empayar” pada 9 Mei 2013 yang bertempat di Dewan Perpustakaan Daerah Semporna. Terasa malu bila diceritakan tentang diri ini hadapan khalayak ramai tapi mungkin cerita ini boleh dijadikan ikhtibar untuk orang lain. Alhamdulillah melalui insan inilah aku yang dulunya seorang rock ini kini telah berubah menjadi seorang muslimah kerana melalui insan inilah aku mengenali KTD dan Alhamdulillah dengan izin Allah aku adalah antara insan-insan yang terpilih yang dilempar ke KTD dan di KTD aku telah ditarbiyah untuk mengenal Tuhan & Agamaku yang dulunya aku tidak kenal tapi hanya sekadar tahu siapa Tuhanku dan apa Agamaku.
Siapakah insan itu? Insan itu adalah seorang guru yang suatu ketika dahulu menjadi idola ku dalam subjek sejarah di sekolahku yang tercinta iaitu SMK Tagasan dan beliau juga adalah Mas’ul ku beliau ialah Cikgu Mohd Ahad Bin Abdul Laja. Terima kasih Abah hanya Allah saja mampu membalasnya, semoga Allah limpahkan rezeki Abah sekeluarga & semoga Jannah menjadi tempat singgah sana. Aamiin in shaa Allah.



Jom kita teruskan lagi kenapakah Aku dikatakan seorang rock? Ketika di sekolah dahulu insan bernama Farmilah Binti Asan ini dikenali oleh semua warga SMK Tagasan tidak kira guru, pelajar mahupun staf. Aku adalah seorang pengawas sekolah, atlet sekolah, ahli pengakap dan ahli taekwondo. Aku seorang pengawas sekolah tapi aku selalu melanggar  peraturan sekolah. Ketika perhimpunan akulah yang selalu ponteng, tudung tidak berlipat & berpin (selalu kena tegur oleh teacher Fadzilah guru Bahasa Inggeris), selalu ponteng kelas, seorang pengawas sekolah tapi dialah ketua yang membawa bising di dalam kelas dan paling dasyat dialah yang selalu bergaduh dengan pelajar lelaki. Teringat kisah tentang bergaduh ketika tingkatan 3 ketika itu aku berada di kelas 3B aku pernah bergaduh dengan kawan sekelas sebab dia tarik tudungku kerana marah dengan pantas tanganku capai pemadam papan tulis dan lempar ke arahnya & tepat mengena sasaran (hehehe…) tapi masih belum puas hati lagi aku mahu ambik kerusi dengan niat mahu lempar ke arahnya tapi niat tidak tercapai kerana seorang guru datang ke kelas dan memarahi kami terutamanya aku. Dan masih lagi babak bergaduh percaya atau tidak tapi itulah hakikat “Aku Seorang Rock”  aku pernah tumbuk seorang pelajar lelaki sehingga berdarah hidung pelajar tersebut, dasyatkan? Masya-Allah. Kalau dicerita tentang masalah disiplin nie banyak lagi yang sering dilakukan oleh insan rock ini. Dan bila sebut tentang aktif sukan dan unit beruniform teringat kata-kata seorang junior yang sedang asyik bercerita tentang aku di sekolah dahulu “ingat lagi kak Mia dulu di padang berlari ndak pakai stoking lagi” dan tambah senior yang juga sepupuku “iya,berlari seluar digulung lagi sampai ke betis” Astaghfirullah al-azim sampai begitu sekali jahilnya aku tentang aurat. Dan siapakah lagi yang sering bermain bola sepak & futsal kalau bukan insan rock ini. Semua itu tinggal kenangan masa lalu & kerana pengalaman masa lalu itulah dengan izin Allah aku menjadi seperti sekarang.
           
Alhamdulillah aku melanjutkan pelajaran ke KTD & dalam satu tempoh aku telah ditarbiyah dan diproses dari seorang  rock menjadi seorang muslimah yang mengenal Tuhannya, mengenal Agamanya, tahu menjaga auratnya, tahu menjaga pergaulannya.. Alhamdulillah terima kasih ya Allah I Love You Allah kerana Engkau sangat menyayangiku dengan menghadiahkan hidayah-Mu kepada ku. Tiadalah nikmat terbesar di dunia ini melainkan nikmat Iman dan nikmat Islam. Di KTD dulu ada yang label aku sebagai seorang yang pendiam (pendiamlah sangat) ya memang tidak aku nafikan ketika di KTD aku lebih banyak diam mungkin juga itu adalah proses aku untuk mengenal diri dan suaikan diri dengan keadaan yang berbeza dengan personaliti yang ada dalam diriku dan aku berasa malu dan rendah diri dengan persekitaranku yang soleh dan solehah sedangkan aku hanyalah seorang rock SMK Tagasan.
Alhamdulillah kini aku balik ke tanah airku dan praktikkan apa yang telah aku pelajari selama di KTD yang berada di Negeri Serambi Mekah itu. Dan aku merasakan personaliti aku seorang rock itu masih ada dalam diriku dan aku sedar aku tidak boleh buang ia dari dalam diriku kerana ia sangat bermanfaat untuk diriku dalam melaksanakan kerja-kerja Dakwah & Tarbiyah jadi tidak salah aku kekalkan aku sebagai seorang rock iaitu seorang muslimah rock yang mencari Mardhatillah & Mahabbatullah menuju ke Jannah-Nya. In shaa Allah… Yang penting selagi ia tidak melanggar syarak.
Cerita ini sekadar perkongsian & jadikan cerita “Aku Seorang Rock” ini sebagai satu ikhtibar dalam kehidupan kita bahawa sejahil apapun seseorang itu, sebesar apapun dosa seseorang itu pintu taubat Allah itu sentiasa terbuka luas untuk hamba-hambaNya jadi nikmat apakah yang kita dustakan?
Wallahu’alam. Maaf andai ada kata-kata yang terkasar atau tersilap harap maaf dan mohon tegurannya dalam berhikmah kerana aku insan yang lemah & banyak kekurangan dalam mengharap mardhatillah.



"Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat." [Hr. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]


Mia Muslimah ^_^