Assalamualaikum

tulisan bergerak

love

Friday 10 February 2012

Aku Ingin Dicintai

Cinta.. apa itu cinta??ada apa dengan cinta??
Cinta sering menjadi isu…kenapa ya?
Cinta adalah satu perasaan yang lahir dari hati…cinta itu kurniaan Allah kepada setiap insan. Cinta itu fitrah sesiapa yang tidak merasa cinta itu di luar tabii.

Dengan cinta kita merasa bertuhan dengan cinta kita membesarkan kekuasaan Allah S.W.T. dengan cinta kita merasa dikasihi dan disayangi dan kehidupan kita tidak akan sempurna dengan cinta dari yang Esa.
Jika ingin menghurai tentang cinta skopnya terlalu luas untuk dihuraikan. Tapi janganlah kita mengaitkan cinta itu hanya cinta antara lelaki dan wanita sahaja. Cinta bukan hanya untuk lelaki dan wanita sahaja tapi cinta juga untuk Maha Pencipta, untuk ibu bapa, untuk keluarga, untuk kawan-kawan dan banyak lagi tentang cinta. Tapi kali ini saya ingin perkatakan tentang cinta lelaki & wanita kerana itu isu hot sekarang terutama dalam kalangan remaja hari ini.

Setiap insan pasti ingin merasa ingin mencintai dan dicintai….begitu juga diri ini. Teringin mencintai dan juga dicintai sama seperti orang lain. Tapi kenapa hajat itu tidak tercapai? Kerana syarak tidak membenarkan mencintai orang yang tidak halal buat kita. Hajat itu terhenti di situ. Bukan aku ingin menolak fitrah tapi aku ingin menjaga ke sucian hati ini dan kesucian hati orang itu. Aku terfikir aku takut jika Allah tidak jodohkan aku dengannya, aku takut Allah tarik rasa ini daripadanya.. tapi imanku berkata jika dia adalah jodohku pasti Allah satukan hatiku dan hatinya dengan pernikahan insya-Allah tapi kalau Allah tidak satukan aku dan dia itu bermakna Allah mahu berikan insan yang lebih baik daripada dia terbaik untuk aku. Sentiasa bersangka baiklah dengan Allah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya mungkin ini ujian buatku bagaimana aku mengawal dan menjaganya.  Allah sedang mengujiku dengan temukan aku dengannya dan cuba mencuri hatiku yang hakikatnya  mencuri imanku juga..  


Bukan mudah untuk melupakan insan yang kita cintai tetapi kerana niat nekad hanya 1 adalah untuk meraih cinta yang 1 untuk inginkan cinta yang Agung & aku dambakan cinta yang kekal abadi yakni cinta  Allah S.W.T. aku nekad untuk melupakan perasaan yang tidak pasti ini. Cinta Allah lah yang cinta yang paling utama untuk dicintai sebelum mencintai makhluknya. Cinta Allah lah cinta yang agung & kekal abadi. Bercinta dengan Allah tidak merasa disakiti, ditinggalkan atau diduakan kerana Allah sangat mencintai kita sebagai hamba-Nya, Allah sentiasa ada di sisi kita setiap masa dan setiap detik malah Allah itu Maha adil kepada hamba-hamba-Nya jadi bila bercinta dengan Allah kita tidak akan merasa disakiti ataupun rasa kecewa.

Setiap insan Allah telah tentukan jodoh masing-masing. Jodoh kita sudah tercatat di lauh mahfuz sejak azali. Jadi untuk apa kita bertungkus-lumus mengejar cinta yang haram sedangkan ia belum pasti dia untuk kita. Sekarang masanya untuk kita mengubah diri kita untuk menjadi soleh dan solehah semoga kita juga mendapat jodoh yang soleh dan solehah insya-Allah.

Orang kata Percintaan selepas pernikahan itu indah. Aku juga ingin seperti mereka, aku inginkan cinta yang halal, cinta yang Allah S.W.T. redhai malah untuk meraih cinta Allah juga. Aku ingin seperti Fatimah Az-Zahra mendapat suami yang soleh seperti Saidina Ali insan yang dia cintai juga sangat mencintainya walaupun aku  tidaklah persis Fatimah Az-zahra malah jauh panggang dari api tapi tidak salah aku ingin seperti serikandi ini.



Doaku semoga kita mendapat jodoh yang soleh & solehah amin insya-Allah. Tapi sebelum itu marilah kita sama-sama mengsoleh & mengsolehahkan diri. Ingin menjadi soleh & solehah kerana Allah untuk meraih Syurga Allah.


Alhamdulillah semoga bermanfaat… & semoga Allah Redha  >.<


Hasil Nukilan :  Mia Muslimah >.<

2 comments:

  1. masyaallah ukhti..bagus sekali perkongsiannya..
    moga terus istiqomah dalam menghasilkan tinta-tinta islami..:)

    ReplyDelete
  2. makasih ya ukhti...
    insya-Allah mohon doa & sokongan ya...
    makasih sudi baca penulisan saya yg tidaklah seberapa ini..& makasih sbb sudi follow blog saya..makasih sangat2.
    salam ukhuwah fillah...>.<

    ReplyDelete