Assalamualaikum

tulisan bergerak

love

Thursday 9 February 2012

Dengan Lafaz Bismillaahirrahmaanirrahiim …

Di pagi yang indah semua pelajar siswa dan siswi berkumpul untuk perasmian sukan kolej.  Siswa akan bermain futsal manakala siswi akan bermain bola jaring. Setiap pemain dengan penuh semangat kesukanan dalam meraih redha dan keberkatan Ilahi setiap pemain bermain dengan rancaknya berlawan hanyalah kerana Allah.

Tiba-tiba jantung  ini berdenyut kencang. Kedengaran suara urusetia memanggil nama kumpulan yang akan berentap sebentar lagi. Dan wisel pengadil pun sudah kedengaran kedua-dua pasukan berkumpul di hadapan pengadil untuk menentukan bola dan tempat siapa. Setelah itu, setiap pemain mengambil tempat masing-masing. Wisel pun telah dibunyikan sebagai tanda permainan dimulakan kedua-dua pasukan sama-sama berentap. Dan tiba-tiba bola telah sampai ke tanganku aku akan melaksanakan tugasku sebagai Goal Attack (GA) untuk menjaringkan gol tapi hati ku berdebar tiada keyakinan di situ dan dengan hampa aku tidak dapat menjaringkan gol. Dengan pantas aku tersedar rupanya aku terlupa mengucapkan satu kalimat suci.

Permainan diteruskan seperti biasa dengan rancak dan pantasnya Goal Shooter (GS) memasing bola ke arahku dengan pantas juga aku menyambut bola tersebut dengan penuh keyakinan dan dengan lafaz  Bismillaahirrahmaanirrahiim. Tiba-tiba pengadil meniup wisel menandakan bola dapat dijaringkan. Dengan penuh rasa syukur hatiku bertambah yakin, keimananku semakin bertambah itulah kebesaran Allah S.W.T. hati ini tidak putus-putus memuji kebesaran yang Maha Esa…

Di sini aku bukan ingin menceritakan tentang perlawanan bola jaring siapa kalah dan siapa menang. Tapi inginku kongsikan di sini ialah besarnya kalimat suci Allah iaitu kalimat Bismillaahirrahmaanirrahiim  “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih,  yang Maha Penyayang”.
dengan ini amalkanlah kalimat Bismillaahirrahmaanirrahiim disetiap kehidupan harian kita. Setiap apa yang kita lakukan mulakanlah dengan lafaz Bismillaahirrahmaanirrahiim dan diakhiri dengan lafaz Alhamdulillah… Semoga apa yang kita lakukan mendapat Redha & Keberkatan Allah S.W.T. insya-Allah. Amin…



Alhamdulillah semoga bermanfaat… & semoga Allah Redha >.<

Hasil Nukilan  :  Mia Muslimah >.<

No comments:

Post a Comment